SEMBILAN dilaporkan maut dalam tempoh 24 jam dalam protes yang disertai ribuan penunjuk perasaan di Iraq. FOTO AFP
SEMBILAN dilaporkan maut dalam tempoh 24 jam dalam protes yang disertai ribuan penunjuk perasaan di Iraq. FOTO AFP
Agensi

BAGHDAD: Sembilan dilaporkan maut dalam tempoh 24 jam dalam protes yang disertai ribuan penunjuk perasaan di Iraq.

AFP melaporkan, demonstrasi itu menjadi cabaran terbesar Perdana Menteri, Adel Abdel Mahdi selepas membentuk kerajaannya setahun lalu.

Sejak tercetus di Baghdad pada Selasa lalu, ia kini dikatakan merebak ke beberapa bandar lain di selatan negara itu untuk mendesak kerajaan menentang rasuah serta menangani kegagalan perkhidmatan awam serta pengangguran.

Semalam, lima penunjuk perasaan dan seorang pegawai polis ditembak mati di selatan bandar Nasiriyah, kata jurucakap kesihatan wilayah.

Sementara itu, Adel mengisytiharkan perintah berkurung dilaksanakan di Baghdad sehingga tempoh yang akan diberitahu apabila lebih 400 cedera sepanjang dua hari protes anti kerajaan itu, lapor Reuters.

“Semua kenderaan dan orang ramai dilarang memasuki Baghdad bermula jam 5 pagi hari ini sehingga diberitahu kelak,” katanya dalam satu kenyataan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 Oktober 2019 @ 10:47 AM