GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
AFP

Lucknow, India: Lima ahli kumpulan gangster memakai pakaian pelindung diri (PPE) untuk mengkremasi mayat seorang lelaki yang mereka bunuh, bagi mengaburi mata orang ramai kononnya ia adalah mangsa Covid-19.

Mangsa dijemput menghadiri parti dianjurkan kumpulan itu yang mana dia telah berhutang sebanyak 4 juta rupee, dan gagal membayar semula, kata polis.

Mayat dikremasi di Agra dan didaftarkan atas nama palsu, kata ketua polis, Muniraj G.

"Bagi mengelak dikesan, mereka memakai PPE lengkap dan menggunakan beg mayat untuk membawa mangsa ke kawasan kremasi.

"Kesemua lelaki berkenaan mengaku atas perbuatan mereka," katanya.

Berdasarkan kenyataan polis, maklumat daripada sumber membawa kepada penahanan seorang daripada lima lelaki berkenaan.

India masih berdepan lonjakan kes Covid-19 dengan lebih 1,000 individu maut setiap hari.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 Jun 2021 @ 7:29 PM