Agensi

Jakarta: Semua 53 kru KRI Nanggala-402 yang terkorban selepas kapal selam itu tenggelam di perairan Bali, Rabu lalu, akan diberikan kenaikan pangkat.

Selain itu, mereka akan menerima penghargaan Bintang Jasa Jalasena atas dedikasi menjaga pertahanan negara.

Perkara itu diumumkan oleh Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) dalam satu sidang media maya, hari ini.

"Negara akan memberikan penghargaan kenaikan pangkat satu tingkat lebih tinggi serta Bintang Jasa Jalasena atas dedikasi pengabdian serta pengorbanan perajurit terbaik itu," katanya seperti dilaporkan menerusi portal Kompas.

ORANG ramai mengunjungi rumah ahli keluarga kepada salah seorang kru kapal selam berkenaan. FOTO fail AFP
ORANG ramai mengunjungi rumah ahli keluarga kepada salah seorang kru kapal selam berkenaan. FOTO fail AFP

Jokowi turut menzahirkan dukacita atas kejadian berkenaan dan mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mangsa.

"Pengabdian saudara-saudara akan terpateri di sanubari seluruh masyarakat Indonesia,

"Semoga arwah perajurit-perajurit itu mendapat tempat terbaik di sisi Tuhan Yang Maha Esa. Serta keluarga yang ditinggalkan diberikan keikhlasan, kesabaran dan ketabahan," katanya.

Sebelum ini, Panglima Tentera Nasional Indonesia Hadi Tjahjanto menyatakan bahawa semua kru kapal selam berkenaan terkorban.

Menurutnya, berdasarkan visual daripada Remotely Operated Underwater Vehicle (ROV), kapal itu 'terbelah menjadi tiga bahagian' di kedalaman 838 meter di dasar laut di perairan Bali.

KRI Nanggala 402 dilaporkan terputus hubungan pada 4.25 pagi Rabu lalu ketika dalam misi latihan penembakan torpedo.

Latihan itu turut disertai 21 kapal TNI yang lain bersama lima pesawat tempur serta satu lagi kapal selam yang lain.

Berita berkaitan:

  • Jenazah kru KRI Nanggala 402 akan dibawa ke Surabaya
  • Semua kru kapal selam KRI Nanggala 402 terkorban - Panglima TNI2
  • KRI Nanggala-402 ditemui, 53 kru sah terkorban
  • Tahlil berterusan di rumah waris kru KRI Nanggala-402
  • Panglima TNI yakin KRI Nanggala-402 tidak meletup
  • Status KRI Nanggala-402 diubah dari 'submiss' kepada 'subsunk'
  • Ada bahagian dalam KRI Nanggala-402 tidak akan dimasuki air
  • Serpihan KRI Nanggala-402 ditemui [METROTV]
  • Anak kru KRI Nanggala-402 larang bapa pergi kerja
  • KRI Nanggala 402 bukan insiden pertama babit kapal selam2
  • Doakan kru KRI Nanggala 402
  • P-8 Poseidon tiba, bantu cari KRI Nanggala 402
  • Tentera kesan isyarat objek kemagnetan tinggi

  • AS hantar aset bantu pencarian kapal selam Indonesia
  • Bekalan oksigen ada 72 jam lagi
  • Kapal selam Indonesia hilang
  • Kesan tumpahan minyak
  • TLDM bantu pencarian kapal selam Indonesia
  • Serpihan KRI Nanggala-402 ditemui
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 April 2021 @ 2:56 PM