KANAK-KANAK memegang buku Harry Potter and the Order  di sebuah kedai buku di tengah London. FOTO fail Reuters
KANAK-KANAK memegang buku Harry Potter and the Order di sebuah kedai buku di tengah London. FOTO fail Reuters
AFP

New York: Siri televisyen pertama Harry Potter bakal disiarkan dengan pengarang JK Rowling bertindak sebagai penerbit eksekutif rancangan itu.

Warner Bros Discovery yang mengumumkan perkara itu semalam berkata, siri itu akan menjadi adaptasi setia buku Rowling yang laris mengenai ahli sihir kanak-kanak berkenaan.

Katanya, siri itu akan disiarkan menerusi penstriman semula syarikat hiburan Max.

Warner Bros Discovery berkata, cerita daripada setiap buku itu akan menjadi siri sedekad yang menampilkan barisan pelakon baharu.

Pengumuman itu mengesahkan spekulasi baru-baru ini, rancangan berasaskan episod mengenai dunia ajaib Hogwarts sedang dalam pembikinan.

Rowling, baru-baru ini, menghadapi tuduhan transphobia kerana memberi penekanan kepada seks biologi berbanding identiti jantina dalam ulasan tentang wanita transgender.

Dia menafikan tuduhan itu.

"Komitmen Max untuk memelihara integriti buku saya adalah penting bagi saya dan saya tidak sabar-sabar untuk menjadi sebahagian daripada penyesuaian baharu ini yang akan membolehkan tahap kedalaman dan perincian hanya diberikan oleh siri televisyen berbentuk panjang," kata Rowling dalam satu kenyataan.

Perkhidmatan penstriman Max menggabungkan platform HBO Max dan Discovery Plus dan akan dilancarkan secara rasmi di Amerika Syarikat pada 23 Mei ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 April 2023 @ 9:49 AM