PENDUDUK New York membersihkan rumah selepas angin kencang dan hujan lebat merosakkan perabot dan kelengkapan rumah. FOTO AFP
PENDUDUK New York membersihkan rumah selepas angin kencang dan hujan lebat merosakkan perabot dan kelengkapan rumah. FOTO AFP
AFP

New York: Angka kematian daripada banjir kilat susulan hujan lebat disebabkan Taufan Ida, meningkat kepada 41 orang pada Khamis, menurut laporan rasmi.

"Saya sedih dengan laporan bahawa setakat ini, sekurang-kurangnya 23 penduduk New Jersey meninggal dunia akibat taufan ini," kata Gabenor New Jersey Phil Murphy kepada pemberita.

Polis New York berkata, 12 orang terbunuh, manakala tiga lagi maut di pinggir Westchester, menurut pihak berkuasa.

Tiga mangsa maut dekat Philadelphia di Pennsylvania, kata laporan rasmi di sana.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 September 2021 @ 8:29 AM