JENNIFER dan Nayel Nassar, pada majlis perkahwinan mereka. FOTO Instagram
JENNIFER dan Nayel Nassar, pada majlis perkahwinan mereka. FOTO Instagram
Agensi

New York: Anak sulung kepada pasangan billionaire, Bill Gates dan bekas isterinya, Melinda, berkahwin dalam satu upacara di Westchester, New York.

Jennifer, 25, berkahwin dengan equestrian (ahli menunggang kuda) dari Mesir, Nayel Nassar, 30, lapor NDTV.

Pada majlis itu, Jennifer memakai busana pengantin rekaan Vera Wang, manakala pengantin lelaki memakai tuksedo hitam dengan baju putih dan tali leher kupu-kupu.

Upacara mewah itu diadakan di rumah keluarga di tapak seluas kira-kira 57 hektar di di Salem Utara, dengan kehadiran 300 tetamu.

Media sebelum ini melaporkan Bill Gates dan Melinda Gates secara rasmi bercerai pada Ogos tahun ini, selepas perkahwinan selama 27 tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 Oktober 2021 @ 2:03 PM