GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
AFP

Washington: Seorang lelaki melepaskan tembakan di sambutan hari jadi di Colorado, membunuh enam orang, sebelum membunuh dirinya, menurut polis Amerika Syarikat (AS).

Polis Colorado Springs mendapat panggilan kecemasan pada pagi dari sebuah taman rumah bergerak, di mana pihaknya menemukan enam orang dewasa ditembak mati dan seorang lelaki dewasa yang parah.

Mangsa yang parah dikejarkan ke hospital tetapi kemudian disahkan meninggal dunia.

Siasatan awal mendapati keluarga berkumpul untuk menyambut hari jadi di dalam sebuah treler itu sebelum tembakan itu berlaku.

"Suspek, seorang teman lelaki daripada salah seorang mangsa wanita, memandu ke rumah itu, berjalan masuk ke dalamnya sebelum mula menembak tetamu majlis dan membunuh dirinya," kata polis dalam satu kenyataan.

Polis masih menyiasat kejadian itu.

Bagaimanapun, tiada kanak-kanak terbabit dalam kejadian itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Mei 2021 @ 8:29 AM