Gambar Hiasan
Gambar Hiasan
Agensi

Los Angeles: Tiga lelaki terbunuh, manakala dua individu lagi parah terkena tembakan ketika menghadiri majlis digelar polis "parti kediaman" di Downey, Los Angeles, semalam.

Polis menerima maklumat kejadian pada 12.45 tengah malam, dengan mangsa terdiri daripada empat lelaki dan seorang wanita.

Tiga lelaki disahkan maut di tempat kejadian, menurut polis dilapor media tempatan.

Dua individu cedera dihantar ke hospital dan tiada maklumat lanjut keadaan mereka.

Sarjan polis Tim Lau dilapor berkata, tembakan itu dipercayai kes terpencil dan setakat ini belum ada suspek utama dikaitkan dengannya, selain tiada maklumat mengenai siapa yang memulakan tembakan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 Julai 2022 @ 11:35 AM