FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
Agensi

Sao Paulo: Penyelidik di Brazil mendapati keberkesanan vaksin Sinovac Biotech China hanya berkesan mencegah Covid-19 sebanyak 50.4 peratus.

Menurut laporan portal Aljazeera.com, keputusan itu diperoleh hasil kajian dan ujian dijalankan sekumpulan penyelidik di negara itu.

Berdasarkan penyelidik, peratusan yang diperoleh itu masih tidak menepati syarat ditetapkan selain jauh daripada peratusan yang diumumkan minggu lalu.

Ternyata keputusan itu mengecewakan Brazil yang berharap vaksin berkenaan berkesan untuk menangani Covid-19 di negara itu.

Tindakan Institut Butantan di Sao Paulo mengeluarkan data awal sebelum ini dikritik penyelidik kerana memberikan harapan yang tidak realistik.

Penyelidik Brazil minggu lalu memaklumkan vaksin berkenaan berkesan sehingga 78 peratus untuk kes ringan hingga tahap kritikal.

Namun, keputusan itu tidak disertakan bersama kesan jangkitan kepada mereka yang sudah menerima vaksin berkenaan dan memerlukan bantuan klinikal.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 January 2021 @ 5:09 PM