LETUPAN memusnahkan jalan raya di Johannesburg berpunca akibat kebocoran gas. FOTO Reuters
LETUPAN memusnahkan jalan raya di Johannesburg berpunca akibat kebocoran gas. FOTO Reuters
Bernama-Anadolu

Johannesburg, Afrika Selatan: Satu letupan besar memusnahkan jalan raya yang sibuk di Johannesburg pada Rabu disahkan berpunca akibat kebocoran gas, lapor Agensi Anadolu.

"Pencucuhan tidak disengajakan dan puncanya adalah letupan gas.

"Tiada aktiviti pengganas daripada rakaman," kata perunding dan jurutera awam bandar Johannesburg, Johan La Grange kepada media.

Satu letupan besar dilaporkan berlaku di Bree Street pada Rabu selepas 5 petang waktu tempatan (1500GMT) ketika beribu-ribu orang pulang dari tempat kerja. Seorang terbunuh manakala hampir 50 lagi cedera.

Letupan itu menyebabkan beberapa kenderaan penumpang terbalik dengan permukaan jalan musnah seperti dilanda gempa bumi.

Pengurus Johannesburg City, Floyd Brink berkata, pembinaan semula akan dilakukan di kawasan terjejas tidak lama lagi.

La Grange berkata, bangunan berhampiran kejadian bagaimanapun tidak mengalami kerosakan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Julai 2023 @ 12:12 PM