PASUKAN perubatan ketika melakukan pembedahan pemindahan organ. FOTO agensi.
PASUKAN perubatan ketika melakukan pembedahan pemindahan organ. FOTO agensi.
Agensi

Houston: Sebuah hospital di Texas, Amerika Syarikat berjaya melaksanakan misi dianggap luar biasa dengan membuat pemindahan buah pinggang milik 10 individu bagi menyelamatkan lima nyawa.

KTRK-TV melaporkan, 10 individu itu termasuk pasangan suami isteri, pekerja dan majikan, anak lelaki dan ibu, dua beradik dan dua sepupu antara yang terbabit dalam program pertukaran organ berkenaan.

Doktor pakar di Hospital Methodist Houston berkata, pemindahan rumit itu bermula dengan kes John Berliski kehilangan buah pinggangnya akibat masalah ginjal polikistik dan isterinya, Tara menawarkan diri memberikan salah satu organ itu kepadanya.

Pakar menjelaskan, Berliski adalah penerima universal kerana memiliki darah jenis AB yang membolehkannya menerima organ daripada sesiapa saja.

Situasi unik itu membuatkan pasangan itu menjadi peserta ideal dalam program pertukaran buah pinggang dikendalikan hospital terbabit.

Sementara itu, Misael Gonzalez yang juga mengalami masalah ginjal polikistik pada mulanya mendapat tawaran buah pinggang ibunya, Teresa Salcedo, namun mereka memutuskan menyertai program itu bagi membolehkannya potensi menerima organ daripada penderma organ muda.

Selain itu, Debra Lewing, yang didiagnos dengan IgA nephropathy menerima tawaran organ daripada majikannya, Dawn Thomas, namun jenis darah mereka tidak sepadan.

Akhirnya enam individu itu termasuk dua pasangan adik-beradik dan dua sepupu lagi menjalani pemindahan buah pinggang menerusi program pertukaran organ.

Hasilnya, lima pesakit mendapat buah pinggang baharu manakala lima organ juga diambil untuk dimasukkan dalam senarai penerima baharu.

Berliski menerima buah pinggang dari penderma darah jenis AB manakala isterinya mendermakan organnya kepada Justin Barrow yang tidak sepadan dengan sepupunya.

"Tugas ini sangat rumit tetapi kebahagiaan dipancarkan pesakit sangat memuaskan bukti menunjukkan mereka mempunyai harapan untuk hidup menerusi pemindahan organ masing-masing," kata Pengarah Pembedahan hospital terbabit, Dr Osama Gaber.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 November 2020 @ 1:01 PM