ROBOT serigala yang digunakan untuk menghalau beruang. FOTO Agensi
ROBOT serigala yang digunakan untuk menghalau beruang. FOTO Agensi
Agensi

Hokkaido: Bandar Takikawa di sini, melindungi kawasan kejiranan mereka daripada gangguan beruang dengan penjaga luar biasa iaitu robot serigala.

Jurucakap pihak berkuasa kepulauan Jepun itu berkata, kebimbangan terhadap ancaman beruang meningkat tahun ini yang menyebabkan pihaknya membeli dua robot serigala yang dihasilkan syarikat pembuatan jentera dan mesin, Ohta Seiki dengan kerjasama universiti tempatan.

Robot penjaga itu yang diperbuat daripada besi dan disarungkan bulu palsu untuk menjadikan ia kelihatan seperti serigala sebenar, disertakan dengan alat pengesan pergerakan untuk mengaktifkannya.

Sebaik aktif, ia akan mengeluarkan cahaya merah di mata dan menggerakkan kepala selain menghasilkan bunyi.

"Kami mahu beruang tahu 'penempatan penduduk bukan tempat mereka' dan membantu hubungan manusia - beruang yang sedia wujud," kata Yuji Ota, ketua Ohta Seiki kepada media tempatan seperti dilapor UPI.

Wakil pihak perbandaran memaklumkan, serigala haiwan yang banyak membantu menjauhkan beruang dari bandar.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 November 2020 @ 6:30 AM