JAIR Bolsonaro ketika ditemubual stesen penyiaran tempatan di Istana Planalto, Brasilia pada 7 Julai. FOTO AFP
JAIR Bolsonaro ketika ditemubual stesen penyiaran tempatan di Istana Planalto, Brasilia pada 7 Julai. FOTO AFP
BERNAMA

Rio De Janeiro: Presiden Brazil, Jair Bolsonaro, 65, pada Isnin, mengesahkan beliau positif Covid-19.

Menurut agensi berita Xinhua, Bolsonaro menunjukkan simptom virus termasuk demam dengan suhu 38 darjah celcius, batuk dan pening kepala.

Susulan itu, agensi berita Brazil, Agencia Brasil melaporkan beliau membatalkan rancangan untuk melawat negeri seperti Bahia dan Minas Gerais

Bolsonaro sebelum ini sering mencetuskan kontroversi berhubung cara pentadbirannya mengekang penularan pandemik berkenaan.

Ia termasuk mahu meneruskan aktiviti ekonomi di negara itu, meskipun Brazil kini menjadi negara kedua paling terjejas akibat Covid-19.

Selain itu, beliau dikritik kerana sering tidak memakai pelitup muka di khalayak awam dan tidak mengamalkan penjarakan sosial.

Setakat Isnin, 1,623,284 kes Covid-19 dilaporkan di Brazil dengan lebih 65,000 kematian

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Julai 2020 @ 11:22 AM