PRESIDEN Brazil, Jair Bolsonaro. FOTO AFP
PRESIDEN Brazil, Jair Bolsonaro. FOTO AFP
Reuters

SAO PAULO: Presiden Brazil, Jair Bolsonaro mendakwa bintang Hollywood, Leonardo DiCaprio membiayai pembakaran hutan hujan Amazon namun tidak mengemukakan sebarang bukti.

Bolsonaro memuat naik komen di Facebook yang mendakwa, organisasi alam sekitar World Wildlife Fund (WWF) membayar untuk mendapatkan imej dirakam sukarelawan bomba dan menggunakannya untuk meraih sumbangan termasuk AS$500,000 (RM2.09 juta) daripada DiCaprio.

Bagaimanapun, WWF menafikan ia menerima sumbangan berkenaan atau memperoleh foto daripada anggota bomba.

“Leonardo DiCaprio ini sangat hebat, bukan? Beri wang untuk bakar Amazon,” kata Bolsonaro dalam ucapan ringkasnya di hadapan istana presiden.

DiCaprio lantang bersuara dalam memperjuangkan isu alam sekitar mencakupi perubahan iklim dan sering memuat naik kenyataan di Twitter, termasuk kebakaran hutan hujan Amazon.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 November 2019 @ 10:47 AM