DONALD Trump semasa sidang akhbar di COVID-19, yang dikenali sebagai coronavirus. FOTO AFP
DONALD Trump semasa sidang akhbar di COVID-19, yang dikenali sebagai coronavirus. FOTO AFP
Agensi

Washington: Individu kedua yang berada dalam majlis Mar-a-Lago bersama Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump hujung minggu lalu disahkan positif Covid-19.

Menurut jurucakap Republikan, individu berkenaan menyertai acara kutipan dana di resort milik Trump yang terletak di Florida.

South China Morning Post melaporkan, Trump juga dikatakan menghabiskan masa dengan beberapa pegawai tinggi Brazil yang turut disahkan positif Covid-19.

Setakat ini Trump masih dengan pendirian bahawa dia tidak perlu mengasingkan diri kerana tidak menunjukkan sebarang simptom namun, ‘mungkin’ akan menjalankan ujian selepas mendapat maklumat mengenai keadaan pegawai Brazil itu.

Berdasarkan maklumat daripada individu yang rapat dengan Rumah Putih, Trump enggan menjalankan ujian kerana risau ia akan menunjukkan kelemahan dan kebimbangan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 Mac 2020 @ 1:54 PM