RANIL Wickremesinghe ketika sidang parlimen di Colombo, Sri Lanka. FOTO Reuters
RANIL Wickremesinghe ketika sidang parlimen di Colombo, Sri Lanka. FOTO Reuters
Reuters

COLOMBO: Perdana Menteri Sri Lanka Ranil Wickremesinghe akan meletakkan jawatannya esok selepas calon Parti Bersatu Kebangsaan (UNP) kalah dalam pilihan raya presiden.

Jurucakap, Sudharshana Gunawardena berkata Presiden baru Sri Lanka, Gotabaya Rajapaksa akan melantik perdana menteri interim untuk mentadbir pulau itu sehingga pilihan raya yang dijangka berlangsung pada April depan.

“Perdana Menteri Ranil Wickremesinghe mengumumkan keputusannya untuk berundur dari jawatannya.

“Surat letak jawatan beliau akan dihantar ke presiden esok,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 November 2019 @ 7:44 PM