SERANGAN udara dilancarkan bagi membalas dendam dalam kejadian tembakan di sempadan menyebabkan askarnya cedera. FOTO AFP
SERANGAN udara dilancarkan bagi membalas dendam dalam kejadian tembakan di sempadan menyebabkan askarnya cedera. FOTO AFP
AFP

GAZA CITY: Empat penduduk Palestin, termasuk dua pejuang Hamas, terbunuh di Semenanjung Gaza semalam, kata pihak berkuasa wilayah itu, selepas rejim Zionis melaporkan dua askarnya cedera dalam kes tembakan di sempadan.

Dua daripada mangsa ditembak mati ketika pertempuran manakala dua lagi pejuang Hamas, terkorban dalam serangan udara, kata Kementerian Kesihatan Gaza.

Tentera Israel berkata, serangan udara dilancarkan bagi membalas dendam dalam kejadian tembakan di sempadan menyebabkan askarnya cedera.

Tentera Israel menyerang pangkalan Hamas selepas tembakan dilepaskan ke arah tenteranya di sepanjang sempadan.

Hamas mengesahkan dua daripada mangsa terkorban adalah anggota sayap tenteranya dan berjanji akan bertindak balas ke atas serangan Israel.

Sekurang-kurangnya 269 rakyat Palestin terbunuh akibat sejak demonstrasi pada Mac 2018 dan majoritinya di sepanjang sempadan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 Mei 2019 @ 10:46 AM