PETIKAN rakaman Hiru News menunjukkan dadah jenis heroin yang dirampas di Sri Lanka. FOTO YouTube Hiru News
PETIKAN rakaman Hiru News menunjukkan dadah jenis heroin yang dirampas di Sri Lanka. FOTO YouTube Hiru News
AFP

POLIS Sri Lanka merampas hampir 300 kilogram (kg) dadah jenis heroin bernilai AS $17 juta (RM69.3 juta) yang disembunyikan dalam van di tempat letak kenderaan pusat beli belah di Colombo, semalam.

Jurucakap polis, Ruwan Gunasekera berkata, dua individu turut ditahan dalam serbuan yang dilakukan pasukan khas dan penyiasat anti-narkotik itu.

“Kami menemui sejumlah 272 bungkusan plastik mengandungi heroin yang sedia untuk diedarkan. Kita sedang menyiasat bagaimana ia boleh lolos ke negara ini,” katanya.

Pada 2013, polis merampas 260 kilogram heroin yang dibawa masuk ke negara menerusi traktor diimport dari Pakistan.

Sebelum itu, Sri Lanka melakukan rampasan dadah terbesar membabitkan 800 kilogram kokain pada Disember 2016.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 Februari 2019 @ 3:42 PM