GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
AFP

PARIS: Pembeli dalam talian berhadapan risiko penipuan atau ‘scam’ yang semakin meningkat membolehkan penggodam menyusun maklumat pembayaran mereka.

“Formjacking” pada dasarnya adalah gangguan ATM dalam talian yang membolehkan pencuri mendapatkan kod PIN pelanggan tanpa curiga.

Dalam satu laporan tahunan mengenai keselamatan siber, Symantec melaporkan, penggodam menyuntik kod berniat jahat atau ‘malicious’ ke laman web peruncit di Internet untuk mencuri maklumat pembayaran pelanggan apabila mereka membuat transaksi.

“Penjenayah siber meraih puluhan juta dolar pada tahun lepas yang menyasarkan 4,800 laman web setiap bulan.

“Ribuan maklumat pembayaran pelanggan British Airways digodam tahun lalu.

“Formjacking menjadi pilihan menguntungkan bagi penjenayah siber selepas nilai mata wang kripto menyusut,” kata Symantec.

Symantec melaporkan, lebih 3.7 juta serangan formjacking disekat tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Februari 2019 @ 1:57 AM