DONALD TRUMP
DONALD TRUMP
AFP

WASHINGTON: Presiden Donald Trump mengistiharkan darurat nasional semalam, bagi memenuhi janjinya untuk membina tembok sempadan dengan Mexico tanpa kelulusan Kongres.

Tindakan Trump itu menarik Parti Demokrat untuk mencabarnya di mahkamah kerana menganggap ia melanggar Perlembagaan Amerika Syarikat (AS).

Trump sebelum ini gagal mendapatkan dana tembok sempadan sebanyak AS$5.7 bilion (RM23.27 bilion) dalam rang undang-undang untuk menampung kos operasi agensi kerajaan.

Menurut pakar undang-undang, tidak pernah berlaku oleh seorang presiden menggunakan kuasa darurat untuk mengatasi keengganan Kongres kerana tidak mahu memenuhi permintaan beliau membina tembok di sempadan AS - Mexico bagi menghalang kemasukan pendatang tanpa izin.

Mereka juga mempersoalkan Trump mengenai isu imigresen dengan menggunakan darurat nasional dan mengetuk dana ketenteraan untuk projek bukan ketenteraan.

Beberapa jam selepas pengumuman itu, pentadbiran Trump berhadapan dengan siasatan oleh jawatankuasa Kehakiman Dewan dan tindakan undang-undang dari New York, California dan Kesatuan Kebebasan Sivil Amerika.

“Presiden Trump melakukan krisis dan mengisytiharkan darurat nasional untuk merebut kuasa dan menumbangkan perlembagaan.

“Jumpa anda di mahkamah,” kata Gabenor California, Gavin Newsome.

Menurut Trump, beliau menjangkakan berdepan dengan tindakan undang-undang tetapi meramalkan pihaknya akan menang.

“Kita akan menang di Mahkamah Agung,” kata Trump.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 Februari 2019 @ 1:41 PM