Taliban mengaku bertanggungjawab melakukan serangan itu.
Taliban mengaku bertanggungjawab melakukan serangan itu.
Reuters

Kabul: Taliban menyerbu dua pos keselamatan Afghanistan di wilayah Badghis dan membunuh 21 orang, termasuk polis dan militia pro kerajaan.

Menurut ketua majlis wilayah Badghis, Abdul Aziz Bek, 14 polis dan tujuh militia pro-kerajaan terbunuh manakala sembilan lagi cedera dalam serangan di wilayah bersempadan dengan Turkmenistan, Ahad lalu.

Jurucakap pejabat gabenor Badghis, Jamshid Shahabi, berkata lebih 15 militan Taliban terbunuh dalam pertempuran.

Taliban mengaku bertanggungjawab melakukan serangan itu, antara yang terburuk di wilayah berkenaan sejak tahun lalu.

Jurucakap Taliban, Qari Yousuf Ahmadi, dalam kenyataan berkata mereka membunuh 34 anggota pasukan keselamatan dan militia pro-kerajaan serta merampas sejumlah besar senjata dan peluru.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 January 2019 @ 4:56 PM