AHED (tengah) menerima jersi Real ketika berada di Sepanyol. -Foto Agensi
AHED (tengah) menerima jersi Real ketika berada di Sepanyol. -Foto Agensi
AFP

MADRID: Kelab bola sepak Real Madrid dikritik pegawai Israel semalam selepas remaja Palestin, Ahed Tamimi, yang lantang menentang penjajahan Zionis, dirakam menerima baju T kelab berkenaan.

Remaja berusia 17 tahun itu dalam lawatan ke Sepanyol minggu ini bersama-sama keluarganya untuk menyertai pelbagai acara sosial dan politik.

Menurut akhbar sukan terkemuka Sepanyol, Marca, Tamimi ditawarkan jersi Real Madrid dan bergambar dengan bekas penyerang kelab itu, Emilio

Butragueno.

Bagaimanapun, Real Madrid tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai jemputan itu ke rangkaian sosial atau laman web kelab berkenaan.

Duta Israel ke Sepanyol, Daniel Kutner, menulis di Twitter: “Ahed Tamimi tidak berjuang untuk keamanan, beliau mempertahankan keganasan, institusi yang menerima dan meraikan beliau secara tidak langsung menggalakkan pencerobohan dan bukan dialog dan pemahaman yang kami perlukan.”

Jurucakap Menteri Luar Israel, Emmanuel Nahshon, menyifatkan sambutan yang diberikan Real Madrid kepada Tamimi sebagai ‘memalukan’, menggambarkan remaja itu sebagai ‘pengganas yang menghasut kebencian dan keganasan.’

Tamimi menjadi tokoh penentangan Palestin sejak dipenjarakan lapan bulan kerana menampar dua anggota tentera Israel.

Beliau dibebaskan Julai lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 September 2018 @ 11:24 AM