FOTO Hiasan
FOTO Hiasan
AFP

EMPAT maut selepas pesawat ringan terhempas di puncak glasier di banjaran Alps, Switzerland.

Menurut kenyataan polis di selatan wilayah Valais, pesawat berkenaan dilaporkan terhempas kira 3,300 meter dari paras laut pada jam 4.45 petang waktu tempatan di kawasan dikenali sebagai Dunand Pass.

Pihak berkuasa mengenalpasti pesawat buatan firma Robin dari Perancis itu berlepas dari lapangan terbang Sion bagi tujuan ‘penerbangan bersantai-santai’.

Selepas menerima isyarat kecemasan, pihak berkuasa bergegas mengerahkan pasukan menyelamat ke puncak pergunungan sebelum menemui juruterbang dan tiga penumpang yang maut di lokasi kejadian.

“Punca kemalangan belum dapat dipastikan dan mangsa belum dikenal pasti secara rasmi,” tambah polis. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 Julai 2018 @ 6:37 PM