MACRON ketika berucap pada ulang tahun konvensyen antarabangsa yang mengharamkan penggunaan bahan berkenaan. FOTO/AFP
MACRON ketika berucap pada ulang tahun konvensyen antarabangsa yang mengharamkan penggunaan bahan berkenaan. FOTO/AFP
AFP

PARIS: Presiden Perancis, Emmanuel Macron dan Perdana Menteri British, Theresa May, hari ini menggesa komuniti dunia memerangi senjata kimia pada ulang tahun konvensyen antarabangsa yang mengharamkan penggunaan bahan berkenaan.

“Pada sambutan ulang tahun ke-21 Konvensyen Senjata Kimia dan susulan insiden di Douma dan Salisbury, saya dan Theresa May menggesa seluruh dunia menyertai kami menegakkan larangan penggunaan senjata kimia di seluruh dunia,” kata Macron di Twitter dalam bahasa Inggeris dan Perancis merujuk kepada serangan kimia terbaharu di Syria dan Britain.

“Kita tidak harus kembali menggunakan senjata kejam ini,” kata pejabat May yang turut menggunakan dua bahasa mengenai pengeluaran dan penyimpanan senjata kimia.

Senjata kimia, contohnya seperti gas mustard pertama kali digunakan di medan pertempuran ketika Perang Dunia Pertama dan juga pada 1998 oleh Saddam Hussien terhadap penduduk awam di Halabja, Iraq.

Konvensyen senjata Kimia (CWC) yang memantau pemusnahan senjata kimia mula berkuatkuasa pada 29 April 1997.

Kenyataan oleh May dan Macron menyusul dua minggu selepas Amerika Syarikat, Perancis dan Britain melancarkan serangan peluru berpandu menentang rejim Presiden Bashar Al-Assad di Damsyik pada 7 April lalu.

Serangan itu sebagai bantahan ke atas penggunaan senjata kimia mengakibatkan kira-kira 40 orang terkorban.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 April 2018 @ 1:30 AM