Tentera Israel mengejar penduduk Paletsin yang menyertai bantahan di Nablus, Tebing Barat. - Foto AFP
Tentera Israel mengejar penduduk Paletsin yang menyertai bantahan di Nablus, Tebing Barat. - Foto AFP
AFP

PRESIDEN Turki, Recep Tayyip Erdogan, yang meningkatkan kecaman terhadap tindakan Amerika mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, menggelar negara Zionis itu sebagai ‘negara penjajah yang menggunakan keganasan terhadap penduduk Palestin’.

Erdogan yang keras menentang tindakan Presiden Donald Trump itu memanggil perhimpuan negara Islam di Istanbul pada 13 Disember ini.

“Israel ialah negara penjajah. Kini ia menggunakan keganasan, mengebom rakyat Palestin termasuk kanak-kanak,” katanya dalam ucapannya di Istanbul, hari ini.

Sehingga kini, empat pendudulk Palestin terbunuh dengan dua ditembak tentera Israel ketika menyertai bantahan di Khan Yunis, Gaza, Jumaat lalu, dan dua pejuang Hamas dalam bedilan jet pejuang Zionis di Gaza, semalam.

Menurut Erdogan, bagi umat Islam. Baitulmaqdis ialah ‘epal pada mata’ dan ‘garisan merah’.

“Kerana anda (Trump, Amerika khasnya) kuat tidak memberi anda hak seperti itu! Pemimpin negara besar mempunyai misi keamanan, bukan mencetuskan konflik,” katanya.

Erdogan meneruskan peranannya dalam usaha penyelesaian diplomatik krisis itu dengan menelefon Presiden Perancis Emmanuel Macron dan Presiden Lubnan Michel Aoun.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Disember 2017 @ 8:42 PM