MENGAMALKAN konsep terbuka.
MENGAMALKAN konsep terbuka.
BERSIFAT tradisional dan bercirikan Malaysia.
BERSIFAT tradisional dan bercirikan Malaysia.
USAHA Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
USAHA Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
PEMANDANGAN Bamboo Playhouse dari udara.
PEMANDANGAN Bamboo Playhouse dari udara.
BAMBOO Playhouse menjadi ikon Kuala Lumpur.
BAMBOO Playhouse menjadi ikon Kuala Lumpur.
Aniza Zainudin


Mengekalkan identiti kehijauan dan mesra alam yang sinonim dengan ketenangan Taman Botani Perdana, kewujudan gazebo berskala besar dibuat daripada buluh di tengah-tengah tasik dilihat menyempurnakan aspek penataan taman rekreasi berkenaan.

Mencipta ilusi seakan-akan terapung di atas permukaan air, pondok rehat atau wakaf, Bamboo Playhouse ini dibina berdasarkan peruntukan Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sekali gus menjadikannya ikon kepada bandar raya itu.

Idea Bamboo Playhouse dihasilkan Dr Eleena Jamil Architect pada 2015 ini bukan saja menekankan elemen alam sekitar apabila menggunakan buluh sebagai bahan binaan, bahkan ia turut menyuntik identiti Malaysia menerusi konsep rekaannya.

Menurut arkitek, Dr Eleena Jamil, gazebo atau pondok rehat begitu sinonim dengan rakyat Malaysia sama ada di bandar mahupun di luar bandar kerana memiliki nilai estetika bagi kediaman atau taman.

“Idea Bamboo Playhouse bersifat tradisional kerana kebanyakan rakyat Malaysia menyukai konsep gazebo bagi melengkapi landskap luaran sebagai lokasi beristirahat.

“Bamboo Playhouse berfungsi sebagai tempat rehat atau lokasi acara dan kami turut memasukkan elemen keceriaan yang bersesuaian dengan kanak-kanak sekali gus menjadikan rangkaian pergola ini dimanfaatkan pengunjung pelbagai peringkat usia.

“Bamboo Playhouse ini memiliki 31 pondok atau platform berangkai dengan ketinggian dan kedudukan yang berbeza serta rawak bagi mencipta keunikan tersendiri.

“Selain itu, kami turut membina lima ‘rumah pokok’ pada lima tiang utama dikhaskan buat kanak-kanak bermain dan mampu menampung berat tidak melebihi 100 kilogram.

“Memperkenalkan konsep terbuka, struktur buluh ini mempunyai platform berbentuk segi empat sama bersaiz 3.2 X 3.2 meter.

“Bagi mengekalkan konsep mesra alam, setiap bumbung Bamboo Playhouse dipasangkan sistem panel solar yang berfungsi membekalkan tenaga kepada pencahayaan ketika malam,” katanya ketika ditemui di Cyberjaya, baru-baru ini.

Menjadi satu-satunya struktur buluh formal, Dr. Eleena mengakui pihaknya menerima amanah mereka binaan gazebo berangkai ini berbekalkan portfolio kejayaan membina prototaip sekolah buluh di Filipina di peringkat antarabangsa sekitar 2007.

Berdasarkan kajian, India dan Amerika Selatan antara negara yang menggunakan material buluh sebagai binaan membuktikan ia memiliki ketahanan menghadapi gegaran gempa bumi, selain tahan angin kerana sifat melenturnya.

Kata Dr Eleena, buluh di Malaysia tidak digunakan secara komersial bagi menghasilkan binaan mahupun bangunan kerana wujudnya kebimbangan terhadap ketahanannya berbanding bahan binaan lain.

“Tidak dinafikan, apabila mereka struktur buluh, kami perlu mempertimbangkan aspek ketahanan, kesesuaian rekaan dan pembinaannya.

“Buluh adalah sumber yang lestari dan ia mempunyai ketahanan tersendiri, namun bagi memastikan ketahanan buluh berkekalan daripada serangan serangga perosak adalah pemilihan kaedah rawatan yang tepat.

“Berbeza dengan kategori kayu lain yang mempunyai standard tertentu, buluh tidak memiliki piawaian ditetapkan.

“Oleh itu, kita turut bekerjasama dengan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan pakar buluh lain untuk melakukan uji kaji bagi memilih kaedah rawatan terbaik.

“Selain serangga perosak, buluh juga tidak tahan dengan sinaran matahari, jadi ia perlu dilindungi dengan lapisan rawatan khas bagi memastikan ia lebih tahan lama.

“Buluh adalah kayuan berongga dan kaya dengan serat, jika struktur dibina secara langsung di atas tanah, ia akan menyerap air sekali gus menjadikannya tidak tahan.

“Atas faktor ini, kita turut menggunakan batang besi dan konkrit sebagai asas tambahan kepada struktur tiang Bamboo Playhouse,” katanya yang turut menggabungkan buluh semantan, betong dan akar sebagai bahan pembinaan.

Mengambil masa antara tiga hingga enam bulan mereka bentuk Bamboo Playhouse dan menyiapkan binaan hampir sembilan bulan, beliau mengakui idea asal penyambungan buluh adalah menggunakan skru, namun ia turut membabitkan kos perbelanjaan tinggi.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 Mei 2018 @ 3:50 AM