Konsert Shopee Live 9.9 Countdown Concert mengetengahkan hos dan bakat tempatan.
Konsert Shopee Live 9.9 Countdown Concert mengetengahkan hos dan bakat tempatan.
Hanis Aliaa Hidzir

Perniagaan melalui strim langsung dan 'affiliate' banyak mengubah cara rakyat Malaysia membeli-belah, berinteraksi dan menerokai jenama-jenama tempatan.

Situasi ini turut memacu keterangkuman pasaran yang lebih baik buat peniaga dan bakat tempatan di platform Shopee.

Dengan lebih 34 juta jam tontonan kandungan strim langsung dan 3.5 bilion kali interaksi dengan pempengaruh tempatan di Shopee Live, trend ini dilihat mempunyai daya tarikan hiburan boleh dibeli oleh rakyat Malaysia.

Bagi penjual yang bijak, keberkesanan penstriman langsung diterjemahkan kepada jualan sebenar, dengan pesanan menyumbang sebanyak 10 hingga 40 peratus daripada jumlah hasil platform jika mereka melepasi RM500,000 jualan.

Trend ini turut melangkaui pempengaruh kecantikan dan fesyen yang mana pengguna membeli hampir semua barangan termasuk motosikal, barangan kemas, keropok lekor malah barangan runcit.

Jenama tempatan seperti PHINIX STORE, Momo House, Elgini Apparel, MYDIN dan HABIB meraih jualan teratas, mempamerkan kuasa kandungan yang boleh dikaitkan dan sokongan selebriti.

Ketua Pemasaran Shopee Malaysia, Kenneth Soh berkata ini adalah kejayaan bermakna dalam perjalanan transformasi digital Malaysia.

"Trend ini telah merevolusikan cara rakyat Malaysia membeli-belah, belajar, dan berinteraksi dengan jenama yang mencipta landskap dalam talian dinamik dan interaktif.

"Ia juga menunjukkan e-dagang kini lebih hiperlokal, rakyat Malaysia di platform kami memilih ahli strim langsung dan ahli 'affiliate' tempatan, manakala penjual tempatan kami pula menaiktaraf kemahiran untuk menjadi lebih relevan dengan penonton mahir digital."


Shopee House 2023 merupakan acara yang dianjurkan untuk mempromosi keterlibatan antara jenama tempatan dan pempengaruh serta ahli 'affiliate'.

Sementara itu, program 'affiliate' Shopee pula menyaksikan peningkatan sebanyak 420 peratus dalam pesanan, didorong oleh lebih 20,000 ahli 'affiliate' baharu berbanding pada tahun 2022.

Pencipta kandungan digital ini mengemudi pembeli ke arah penjual tempatan dengan 70 peratus daripada pembelian teratas melalui pautan ahli 'affiliate' memberi manfaat kepada perniagaan tempatan seperti B.S.B (Terlaris Cadar), Momo House dan Myfooyin.

Menurut Soh, kerjasama ini memanfaatkan semua pihak yang mana ahli 'affiliate' tempatan mendapat manfaat dari format interaktif dan bermakna, membolehkan pembelian segera dan memaksima keuntungan berdasarkan usaha mereka.

"Penjual tempatan pula mendapat manfaat dari ahli 'affiliate' yang mempunyai pengikut setia dan reputasi untuk mencadangkan produk berkualiti, mereka juga boleh membawa selari dengan jenama dan penjual strim langsung," katanya.

Dalam kesibukan membuat persiapan tahun baharu, Shopee menjemput orang ramai untuk memulakan 2024 dengan pelbagai baucar percuma, diskaun hebat, dan hadiah menarik untuk dimenangi eksklusif di Shopee Live.

Layari pautan ini dan nikmati keajaiban Shopee Live!

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Disember 2023 @ 3:29 PM