Tan Sri Lim Hock San.
Tan Sri Lim Hock San.

Kuala Lumpur: LBS Bina Group Bhd (LBGB) telah mengemukakan kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk mewujudkan program sukuk wakalah yang melibatkan terbitan RM750 juta dalam nilai nominal.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, kumpulan itu berkata setiap sukuk wakalah yang diterbitkan akan mempunyai tempoh lebih dari setahun dan akan memberikan LBGB kelonggaran untuk menerbitkan kedua-dua sukuk wakalah dan sukuk wakalah kemampanan.

LBGB dan anak-anak syarikatnya akan menggunakan usaha niaga itu untuk membiayai perbelanjaan modal patuh Syariah, pelaburan dan tujuan lain.

Pemfailan itu juga mengatakan pemaju hartanah berkenaan telah mewujudkan rangka kerja pembiayaan kemampanan yang mana MARC Ratings Bhd memberi penarafan "Emas" dalam penilaian bon impaknya.

"Perolehan daripada terbitan sukuk wakalah kemampanan akan digunakan untuk projek-projek seperti yang digariskan dalam rangka kerja pembiayaan kemampanan LBGB," katanya.

HSBC Amanah Malaysia Bhd dan RHB Investment Bank Bhd ialah penasihat utama bersama, pengatur utama bersama dan pengurus utama bersama untuk program sukuk wakalah.

HSBC Amanah Malaysia juga merupakan ejen penstrukturan kemampanan tunggal dan penasihat Syariah tunggal bagi program berkenaan.

Mengulas mengenai pelancaran ini, Pengerusi Eksekutif LBS, Tan Sri Ir Lim Hock San berkata, penerbitan Program Sukuk Wakalah LBS ini, dan penubuhan Rangka Kerja Pembiayaan Kelestarian sulung LBS merupakan bukti dedikasi dan kesungguhan Kumpulan untuk membina masa hadapan yang bertanggungjawab, mampan dan inklusif untuk semua.

"Ini juga merupakan satu titik tolak penting, dalam mencapai matlamat LBS di dalam mencapai Pelepasan Karbon Sifar Bersih menjelang 2050," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 November 2023 @ 11:33 AM