PROJEK pembangunan KITA Sejati.
PROJEK pembangunan KITA Sejati.

Kuala Lumpur: LBS Bina Group Berhad (LBS) mengumumkan projek bangunan tinggi ketiga, KITA Sejati yang terletak di kawasan perbandaran KITA@Cybersouth dan terdiri daripada pangsapuri servis 24 tingkat sebanyak 1,054 unit dengan anggaran Nilai Pembangunan Kasar (GDV) berjumlah RM384 juta.

Terletak di atas tanah seluas 6.8 ekar, KITA Sejati menawarkan kediaman berkualiti pada harga mampu milik serta terletak sempurna bersesuaian dengan kawasan persekitarannya.

KITA Sejati terdiri daripada dua variasi dalam susun atur dan saiz, Jenis A, (602 kaki persegi) dengan harga ditawarkan bermula daripada RM270,000 dan Jenis B (850 kaki persegi) dengan harga bermula daripada RM389,900 apabila ia sesuai untuk pembeli rumah kali pertama dan pasangan muda yang baharu membina keluarga.

Malah, boleh dikatakan KITA Sejati dapat memenuhi keperluan keluarga berskala kecil ataupun pasangan yang baru mendirikan rumahtangga ditambah dengan reka bentuknya yang praktikal sebagai rumah pertama yang sempurna.

Dengan memfokuskan konsep kesejahteraan masyarakat, dipadankan dengan infrastruktur perbandaran lengkap dan komprehensif, KITA Sejati komited untuk mewujudkan persekitaran kehidupan yang harmoni dan tenang.

Ia turut menitikberatkan ciri-ciri keselamatan di mana pembangunan ini dilengkapi pagar dan kawalan CCTV di pondok pengawal.

Elemen kemasyarakatan dan kekeluargaan disuntik di dalam rekaan KITA Sejati dengan pelbagai kemudahan berorientasikan keluarga seperti dewan serbaguna, gelanggang takraw, kawasan barbeku, kolam renang, gimnasium hinggalah gelanggang futsal.

LIM Hock San. - Gambar NSTP/ROHANIS SHUKRI
LIM Hock San. - Gambar NSTP/ROHANIS SHUKRI

Pengerusi Eksekutif LBS, Tan Sri Lim Hock San berkata, LBS membina asas kukuh bagi mewujudkan rumah dengan suasana harmoni bagi sebuah keluarga.

"Tiga tonggak utama yang LBS patuhi semasa membina projek ini ialah kebolehcapaian, ketersambungan dan kehidupan bermasyarakat," katanya.

Pembangunan baharu ini terletak berdekatan Putrajaya dan Cyberjaya.

KITA Sejati juga dikelilingi hab pendidikan terkenal seperti Universiti Xiamen, UiTM Dengkil dan Universiti Heriot Watt serta akses mudah ke beberapa lebuh raya utama termasuk Lebuhraya Putrajaya-Cyberjaya, Lebuhraya Maju (MEX), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), Lebuhraya Utara Selatan (NSE) dan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP).

Bakal pembeli rumah berpeluang memenangi pelbagai hadiah melalui kempen LBS Fabulous Extra 2022-23 apabila mereka membeli rumah dan hartanah LBS bermula daripada sekarang sehingga akhir 2023 di mana antara hadiah ditawarkan berupa 22 unit Perodua Axia.

Pembeli rumah KITA Sejati boleh menikmati insentif tambahan seperti yuran tempahan yang rendah sebanyak RM200, pengecualian yuran guaman, ganjaran kesetiaan, skim pembayaran flexi, yuran keluar sifar dan pakej perabot, tertakluk kepada terma dan syarat.

Untuk maklumat lanjut mengenai KITA Sejati, sila lawati galeri jualan KITA @ Cybersouth, dari jam 10 pagi hingga 6 petang setiap hari.

Pembeli rumah yang berminat juga boleh melayari laman web https://virtualfair.lbs.com.my/township/cybersouth/kita-sejati-serviced-... atau hubungi 1700 81 8998.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 September 2022 @ 6:15 AM