Pelanggan unifi TV Ultimate Pack kini boleh menikmati lima aplikasi penstriman popular tanpa caj tambahan. - FOTO TM
Pelanggan unifi TV Ultimate Pack kini boleh menikmati lima aplikasi penstriman popular tanpa caj tambahan. - FOTO TM
Muhamad Shaifullah Tayep

Kuala Lumpur: Pelanggan unifi TV kini boleh menikmati kandungan tempatan dan antarabangsa melalui tawaran empat aplikasi penstriman popular dan sembilan saluran baharu.

Ini termasuklah Disney+ Hotstar, beIN SPORTS CONNECT, SPOTV NOW, beIN SPORTS 1, beIN SPORTS 3, beIN SPORTS 4, CCTV-4, CGTN, DEGUP, ZEE Thirai, Sony YAY! dan WION.

Dengan penambahan saluran dan aplikasi baharu, unifi TV kini menawarkan 73 saluran premium dan 16 aplikasi penstriman yang boleh dinikmati melalui unifi Plus Box atau aplikasi unifi PlayTV.

Tawaran kandungan yang diperluaskan ini menggambarkan komitmen berterusan unifi untuk menyediakan hiburan berkualiti tinggi dan bertaraf dunia buat pelanggannya.

Ketua Pegawai Komersial Telekom Malaysia Berhad (TM), Anand Vijayan berkata, penambahan saluran dan tawaran aplikasi penstriman baharu ini menyediakan pelbagai filem dan siri antarabangsa kegemaran ramai, program tempatan dan luar negara, berita serta aksi sukan.

"unifi TV terus berusaha untuk menyampaikan kandungan yang lebih menarik untuk memenuhi permintaan rakyat Malaysia daripada pelbagai segmen dan kami mempunyai kandungan yang sesuai untuk semua; sama ada secara langsung, atas permintaan atau menerusi aplikasi 'over-the-top' (OTT).

"Kerjasama terbaharu kami dengan penyedia kandungan terkenal meningkatkan lagi usaha unifi dalam menyediakan hiburan berkualiti tinggi bertaraf dunia kepada pelanggan dan mengukuhkan kedudukan sebagai agregator kandungan terkemuka di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan.

Semua pelanggan baharu unifi Home dengan unifi TV Ultimate Pack boleh menonton Disney+ Hotstar tanpa caj tambahan, selagi pek mereka kekal aktif, manakala langganan baharu unifi Home 100Mbps tanpa Ultimate Pack akan menikmati akses selama enam bulan.

Disney+ Hotstar juga boleh ditambah ke dalam pek langganan sedia ada pada harga RM16 sebulan sahaja untuk pelanggan unifi TV Varnam Plus, Aneka Plus dan Ruby Plus Pack.

Pelanggan unifi Home tanpa sebarang pek unifi TV akan mempunyai pilihan untuk melanggan aplikasi penstriman pada harga RM54.90 selama tiga bulan dengan kemudahan untuk membayar melalui satu bil unifi.

Disney+ Hotstar adalah aplikasi penstriman khusus untuk rancangan global, serantau dan tempatan yang juga menghimpunkan filem blockbuster Hollywood dan kandungan yang memenangi anugerah daripada Disney, Pixar, Marvel, Star Wars, National Geographic, FX, 20th Century Studios dan banyak lagi.

Disney+ Hotstar menawarkan pelbagai filem, siri aksi langsung dan animasi, kandungan dan dokumentari seperti Obi-Wan Kenobi, Ms. Marvel dan Baymax!

Peminat sukan pula boleh menikmati SPOTV NOW yang menyediakan perkhidmatan penstriman sukan secara langsung, pilihan video atas permintaan dan kandungan eksklusif acara utama Asia dan antarabangsa, termasuk MotoGP yang disertakan dengan ulasan bahasa Melayu, Tenis Terbuka AS dan Wimbledon, Pingpong Dunia, serta acara Asia seperti Liga Besbol Korea (KBO) dan Pertandingan V League Jepun.

Buat peminat tegar bola sepak, unifi TV juga teruja untuk membawa masuk tiga saluran baharu iaitu beIN SPORTS 1, beIN SPORTS 3 dan beIN SPORTS 4 yang menawarkan liputan langsung aksi bola sepak Eropah daripada UEFA Champions League, UEFA Europa League, LaLiga, Serie A, Ligue 1 dan banyak lagi.

Saluran beIN SPORTS 4 akan ditawarkan secara percuma bermula 13 Ogos bersama langganan Ultimate Pack untuk pelanggan menikmati aksi-aksi liga bola sepak Eropah sebagai tambahan melalui saluran baharu ini.

Sementara itu, bagi penonton yang inginkan suntikan adrenalin, unifi TV melancarkan saluran pertamanya sendiri, DEGUP HD yang mengetengahkan kandungan aksi dan seram terbaik dari rantau Asia dan banyak lagi.

Saluran ini menampilkan cerita-cerita seram dari Indonesia pada setiap hari Khamis, filem-filem seram setiap hari Sabtu dan filem-filem aksi blockbuster pada setiap hari Ahad.

Peminat hiburan dan berita dari China pula boleh menonton  saluran baharu CCTV-4 yang menampilkan pelbagai program termasuk dokumentari, muzik, berita dan siri drama.

Sementara itu, CGTN, saluran TV bahasa Inggeris utama rangkaian Televisyen Global China, menyediakan berita dan rancangan hal ehwal semasa.

Bagi yang gemar menonton kandungan berbahasa Tamil, pastikan anda tidak terlepas menonton saluran ZEE Thirai yang menawarkan lebih 400 tajuk yang terdiri daripada pelbagai filem popular Kollywood seperti Thalaivi, Karnan dan Velan.

Selain itu, kandungan berbahasa Tamil untuk kanak-kanak juga boleh ditonton menerusi saluran kanak-kanak paling popular di India iaitu SONY Yay! yang sarat dengan pelbagai kandungan menarik seperti Honey Bunny, Paap-O-Meter dan Kicko & Super Speedo.

Untuk mendapatkan perkembangan berita daripada perspektif India pula, saluran The World is One News (WION) adalah pilihan paling ideal kerana ia membawakan kandungan berita global yang disampaikan dalam bahasa Inggeris.

Ultimate Pack

Jika anda mencari kelainan dan inginkan lebih nilai, anda boleh menikmati Ultimate Pack daripada unifi TV menerusi kempen 'unifi Jadikan Dunia Anda Luar Biasa'.

Bermula serendah RM2 sehari, pakej daripada unifi ini menawarkan keseluruhan kandungan komprehensif kegemaran ramai pada harga mampu milik dengan hanya RM60 sebulan.

Tidak kira Jepun, K-drama, sukan, berita, siri kanak-kanak, rancangan tempatan, variasi bahasa Inggeris, dan juga aplikasi penstriman, Ultimate Pack unifi TV menawarkan akses kepada antara kandungan dan saluran terbesar di negara ini.

Tawaran penstriman nilai tambah untuk unifi TV Ultimate Pack termasuk:

  • Akses percuma selama 90 hari ke aplikasi Lionsgate Play tersedia sehingga 12 Oktober 2022
  • Kotak TV Android terbaharu, unifi Plus Box, eksklusif untuk pelanggan unifi Home baharu
  • Langganan 'ala carte' aplikasi penstriman tambahan - Viu, WeTV, iQIYI, Simply South, TVBAnywhere+ dan banyak lagi daripada hanya RM5 sebulan.

Ketahui lebih lanjut mengenai tawaran penstriman di sini.

Rebut peluang menangi hadiah menarik!

Lebih menarik, pelanggan yang melanggan unifi Home 100Mbps dan ke atas secara dalam talian layak untuk mengambil bahagian dalam peraduan Putar & Menang.

Menerusi peraduan ini, anda berpeluang membawa pulang hadiah menarik seperti baucar Shopee bernilai sehingga RM200 atau telefon pintar Samsung 5G terbaharu!

Kempen eksklusif dalam talian ini akan berlangsung sehingga 31 Oktober.

Untuk maklumat lanjut mengenai kandungan baharu yang menarik di unifi TV, layari https://home.unifi.com.my/anytimeanywhere.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Ogos 2022 @ 2:22 PM