PELANCARAN Honda HR-V Serba Baharu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. - Gambar NSTP/OWEE AH CHUN
PELANCARAN Honda HR-V Serba Baharu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. - Gambar NSTP/OWEE AH CHUN

HONDA Malaysia optimis dapat mengukuhkan lagi segmen SUV kompak menerusi pelancaran model terlarisnya, Honda HR-V Serba Baharu ke pasaran tempatan.

Model baharu itu ditawarkan dengan empat varian iaitu S yang dijual pada harga atas jalan tanpa insurans bermula RM114,800, varian E (dari RM129,800) manakala varian V (dari RM134,800), dan varian paling unik e:HEV RS boleh dimiliki dengan harga bermula RM140,800.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura berkata, sejak tempahan dibuka pada Jun lalu model itu menerima sambutan luar biasa.

"HR-V Serba Baharu menerima lebih daripada 20,000 tempahan setakat ini. Maklum balas menggalakkan dan permintaan tinggi terhadap model ini.

"Berikutan sambutan menggalakkan, tempoh menunggu bagi HR-V Serba Baharu mungkin mengambil masa sehingga 12 bulan bergantung kepada ketersediaan varian yang ada.

"Pihak Honda Malaysia mengambil langkah terbaik untuk memendekkan tempoh menunggu pelanggan bagi memastikan pengalaman pemanduan luar biasa," katanya pada majlis pelancaran di sini, semalam.

Menurutnya, pihaknya menyasarkan jualan sebanyak 1,600 unit sebulan dan angka diterima sejak tempahan dibuka melangkaui angka berkenaan.

Rekaan luar HR-V Serba Baharu menerima pembaharuan menyeluruh terutama aspek estetik apabila bahagian depannya didominasi oleh Rekaan Baharu Sporty Gril Hadapan, sementara rekaan belakangnya dihiasi Jalur Lampu LED.

Pertama kali diperkenalkan kepada teknologi model City dan City Hatchback, teknologi e:HEV menerima sambutan menggalakkan apabila ia dilanjutkan pada HR-V RS Serba Baharu.

Ia mampu memenuhi keperluan pelanggan yang mementingkan kecekapan sistem janaan hibrid dalam model SUV kompak.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Julai 2022 @ 7:10 AM