CIKGU Fana bersama pasangan, Cikgu Habib terima pengiktirafan terhadap kejayaan jenama PTTI.
CIKGU Fana bersama pasangan, Cikgu Habib terima pengiktirafan terhadap kejayaan jenama PTTI.

Bangi: Siapa sangka di sebalik jenama popular dalam dunia pembelajaran, Pusat Tuisyen Teratak Ilmu (PTTI) menyimpan kisah pengorbanan dua warga pendidik yang boleh dijadikan contoh kepada pelajar.

Pengasas PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau lebih mesra disapa Cikgu Fana berkata, pusat pengajian itu bermula secara tidak rasmi sekitar 2014.

"Bermula dengan Pusat Tuisyen Teratak Ilmu. Latar belakang saya dalam bidang pendidikan mata pelajaran Kimia yang tak ada langsung menyentuh mengenai perniagaan.

"Pada 2016, saya sangat sukar nak bayar gaji cikgu, sewa kereta dan rumah. Masa itu saya sudah usaha cuba buat pemasaran melalui risalah hingga ke Putrajaya, sampai jam 1 pagi masukkan dalam peti surat dan pasang bunting sendiri.

"Saya tunggu di pagar sekolah edar risalah, usaha macam lebih dah. Apabila saya tengok balik, saya sangat sukar apabila keuntungan pusat tuisyen negatif. Tak boleh nak hidup dah, saya serabut apabila pihak bank telefon. Hidup dalam keadaan stres," katanya.

Guru yang tak lokek ilmu dengan anak murid ini, walau mengajar lebih dan menjalankan kelas secara percuma akhirnya dipelawa sahabatnya mengikuti kelas bimbingan Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman dan RichWorks.

"Saya terkejut dengan ilmu yang disampaikan, saya mula belajar, balik saya perbaiki sikit-sikit. Di situ pun dah nampak perubahan. Sebelum kelas, saya dapat sekitar RM30,000 sebulan, tetapi tiada lebihan, malah berdepan kepayahan.

"Selepas itu, meraih RM60,000 walaupun hanya fokus kepada teknik disampaikan oleh Dr Azizan," katanya.

Sejak itu, beliau terus komited mengikuti program anjuran RichWorks dan mengaplikasi ilmu yang diberikan untuk memajukan pusat tuisyen serta memudahkan anak bangsa menuntut ilmu.

PTTI kini menjadi sebuah jenama disegani apabila menerima Anugerah BrandLaureate Bestbrands pada 2020 bagi kategori platform pendidikan dalam talian.

"PTTI mula memenangi hati pelajar apabila muncul di platform media sosial seperti di YouTube, Instagram, Facebook dan TikTok dengan membantu mereka melalui video pembelajaran secara percuma.

"Pada 2020, PTTI meraih RM5.1 juta dan meningkat kepada RM9 juta pada tahun lalu. Setakat Februari 2022 mencatatkan RM1 juta," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 Mac 2022 @ 3:27 PM