SULTAN Sharafuddin Idris Shah mewakili UPM menerima sumbangan daripada Cikgu Fana yang mewakili PTTI.
SULTAN Sharafuddin Idris Shah mewakili UPM menerima sumbangan daripada Cikgu Fana yang mewakili PTTI.
Sudirman Mohd Tahir


PUSAT peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), PTTI antara penyumbang alumni pada Majlis Makan Malam Sirih Pulang Ke Gagang @ Homecoming ke-11, Universiti Putra Malaysia (UPM) yang diadakan di Dewan Besar Pusat Kesenian dan Kebudayaan Salahuddin Abdul Aziz Shah UPM.

Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau mesra disapa sebagai Cikgu Fana berkata, pada acara itu PTTI Group menyerahkan sumbangan RM10,000.

"Saya bangga apabila terbabit sama, sekali gus menjadi antara penyumbang alumni menerusi PTTI Group. PTTI menyumbang RM10,000 kepada UPM, sekali gus membuka peluang untuk meningkatkan kolaborasi dengan institut pengajian tinggi (IPT).

"PTTI percaya kerjasama ini penting untuk menaik taraf tahap pendidikan negara ke arah mewujudkan ekosistem pembelajaran yang holistik dari peringkat menengah ke IPT.

"Dalam masa sama, PTTI komited membuka peluang lebih besar untuk sebarang bentuk kerjasama dengan IPT yang mana ia antara langkah drastik untuk meningkatkan peratusan pelajar menyambung ke pengajian tinggi," katanya.

Pada majlis itu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Canselor UPM berangkat ke majlis itu diiringi Naib Canselor, Datuk Profesor Dr Mohd Roslan Sulaiman dan Presiden Persatuan Alumni UPM, Datuk Raihan Sharif.

Dalam perkembangan lain, Cikgu Fana berkongsi PTTI turut melancarkan program khas Selekoh Akhir SPM yang diadakan pada Disember depan sebagai persediaan akhir menjelang peperiksaan yang dijangka berlangsung tidak lama lagi.

"Kami percaya ramai pelajar SPM tahun ini sedikit panik kerana terpaksa mengubah persekitaran belajar dengan mendadak dan ada banyak aktiviti sekolah yang perlu dilakukan sejak pembukaan semula sekolah pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Oleh itu, PTTI percaya dengan kebolehan kami untuk membantu pelajar memperbaiki keputusan SPM yang mendatang demi menjamin masa depan lebih baik," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Oktober 2022 @ 6:35 AM