SAMUEL (kiri), Sean  (tengah) dan  Nirinder   pada majlis menandatangani perjanjian kerjasama antara TNBX, Allianz General dan Anora.
SAMUEL (kiri), Sean (tengah) dan Nirinder pada majlis menandatangani perjanjian kerjasama antara TNBX, Allianz General dan Anora.

TNBX Sdn Bhd (TNBX), anak syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Tenaga Nasional Bhd (TNB) sudah memulakan kerjasama bersama Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad (Allianz General) dan Agensi Anora (Anora) untuk menawarkan SuriaShield™ iaitu jenama yang dimiliki bersama oleh TNBX dan Agensi Anora, kepada pengguna fotovoltaik (PV) solar di Malaysia.

Perjanjian Kerjasama Tiga Pihak sudah ditandatangani oleh Pengarah Urusan TNBX Ir Nirinder Singh Johl; Ketua Pegawai Eksekutif Allianz General, Sean Wang dan Ketua Pegawai Eksekutif Anora, Samuel Soon.

Kerjasama antara Allianz General dan Anora adalah untuk mengembangkan dan mengunderaitkan SuriaShield™ untuk TNBX, yang akan dipasarkan dan boleh dibeli di mana-mana saluran yang digunakan oleh TNBX.

SuriaShield™ ialah insurans PV solar kediaman mampu milik yang menawarkan perlindungan 360° komprehensif, pembaikan dan pemulihan tanpa tunai dan pampasan pendapatan atau simpanan ketika berlaku kerosakan sistem.

Pengarah Urusan TNBX, Ir Nirinder berkata, pihaknya percaya kerjasama ini akan memacu tawaran nilai yang lebih baik untuk pemilik PV solar serta menyediakan perlindungan penuh untuk aset PV mereka.

"Dengan lebih ramai orang yang memilih tenaga elektrik solar, pasaran untuk insurans solar akan berkembang.

"TNBX akan terus berusaha memperkenalkan penyelesaian baharu untuk menambah baik pengalaman pelanggan dan mempromosikan perkembangan tenaga yang boleh diperbaharui di Malaysia," katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia Berhad dan anak syarikatnya Allianz General, Sean Wang berkata, kerjasama ini adalah langkah yang mengujakan untuk syarikat mencapai matlamat menjadi pemain utama dalam membina masa depan yang lestari.

"Sebagai penanggung insurans, kami mempunyai peranan yang penting dalam meneraju penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui dan menyokong minat untuk bertukar kepada tenaga solar.

"Melalui kerjasama berterusan bersama Anora, kami menawarkan perlindungan komprehensif untuk pemilik PV solar, dan kini dengan TNBX, kami mempunyai akses untuk sebuah lagi saluran dan peluang untuk berkhidmat kepada kumpulan pelanggan yang baharu," katanya.

Bersempena dengan pelancaran rasmi SuriaShield, TNBX, dengan Kerjasama Anora, akan memberikan perlindungan kemalangan diri RM10,00 percuma untuk setahun yang diunderaitkan oleh Allianz General untuk 1,000 pelanggan SuriaShield yang pertama.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Februari 2022 @ 7:15 AM