GAMBAR hiasan. FOTO AFP
GAMBAR hiasan. FOTO AFP

ALLIANZ General Insurance Company (Malaysia) Berhad (Allianz General) mencari bengkel Skim Pembaik yang sah PIAM (Pars) di seluruh negara melalui tender terbuka untuk menyertai panel Pembaik Sah Allianz untuk 2023 dan 2024.

Pembaik Sah Allianz adalah sebahagian dari perkhidmatan kemalangan 24-jam Allianz Road Rangers dari Allianz General, yang berkhidmat untuk lebih 330,000 pelanggan, sejak pelancarannya pada 2017 hingga Ogos 2022.

Allianz General merombak panel bengkelnya pada 2020, dan menerima 195 bengkel Pars melalui tender terbuka.

Ketua Tuntutan Allianz General, Damian Williams berkata, inisiatif ini adalah mengekalkan budaya persaingan dan kompeten serta menegaskan semula komitmen kumpulan dalam memberikan perkhidmatan tambah nilai terbaik kepada pelanggan.

"Oleh itu, kami mencari pembaik diiktiraf Pars yang boleh memenuhi kriteria perkhidmatan kami dan mampu memberikan perkhidmatan bantuan kemalangan dan tepi jalan serta perkhidmatan tambah nilai kepada pelanggan kami.

"Panel pembaik memainkan peranan penting dalam operasi harian tetapi mengharungi persekitaran pascapandemik adalah mencabar dengan bengkel yang mengalami kekurangan tenaga berkemahiran, kenaikan kos pekerja dan harga alat ganti.

"Kami mengambil semua faktor ini sebagai pertimbangan dalam proses permohonan tender," katanya.

Selain rombakan panel pembaik, Allianz General juga menambah baik prosedur operasi standard (SOP) untuk menyokong dan memastikan panel pembaik menguntungkan dan kekal serta berdaya saing.

Syarikat memperkenalkan bayaran pendahuluan untuk semua pembaikan dan lima peratus dari jumlah keseluruhan yang diluluskan akan dibayar sebaik sahaja diluluskan," (termasuk kelulusan awal dan kelulusan laporan tambahan).

Ini diikuti dengan 25 peratus (termasuk kelulusan tambahan) dan apabila pembaik mengemas kini perkembangan pembaikan pada 50 peratus, manakala baki 25 peratus dibayar pada hari yang sama sejurus dokumen yang berkaitan dihantar.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Oktober 2022 @ 7:01 AM