FOTO H IASAN
FOTO H IASAN
Bisnes HM


Kuala Lumpur: Kumpulan Allianz Malaysia Berhad (Allianz Malaysia) mencatatkan Premium Bertulis Kasar (GWP) sebanyak RM2.78 bilion pada enam bulan pertama 2021, peningkatan 8.6 peratus berbanding RM2.56 bilion yang dicapai pada tempoh sama pada 2020.

Aset Keseluruhan Kumpulan meningkat 8.7 peratus kepada RM22.29 bilion setakat bulan Jun 2021 berbanding RM20.51 bilion yang diraih tahun lalu.

Keuntungan Sebelum Cukai menurun 19.6 peratus kepada RM273.7 juta untuk setengah tahun pertama tahun ini, berbanding RM340.5 juta yang diraih pada tempoh sama tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia, Zakri Khir berkata, dengan penerusan sekatan dan kenaikan kes Covid-19 yang membimbangkan terus menguasai pemikiran dan kehidupan seharian rakyat Malaysia, amat penting bagi penanggung insurans untuk terus memainkan peranan dalam menyediakan perlindungan yang bermanfaat dan diperlukan oleh pelanggan.

"Walaupun keadaan pasaran yang mencabar, Allianz Malaysia telah berjaya mencapai keputusan yang berdaya tahan untuk setengah tahun pertama 2021.

"Semua orang mahu bertahan dalam pandemik. Jadi, walaupun Kumpulan telah mencapai keputusan yang berdaya tahan, kami kekal berwaspada dengan ketidaktentuan persekitaran perniagaan semasa dan akan

terus melaksanakan strategi jangka pendek untuk kekal selari dengan cabaran dan ketidaktentuan yang mungkin akan dihadapi," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia, Zakri Khir.
Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia, Zakri Khir.

Anak syarikat insurans am Allianz Malaysia; Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad (Allianz General) telah merekodkan GWP sebanyak RM1.19 bilion pada setengah tahun pertama 2021, peningkatan

sebanyak 4.7 peratus dari RM1.14 bilion pada tahun 2020.

Keputusan Pengunderaitan meningkat sebanyak 21.9 peratus kepada RM119.8 juta pada setengah tahun pertama tahun ini dari RM98.3 juta pada setengah tahun pertama tahun lalu sementara Keuntungan Sebelum Cukai meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM207.6 juta untuk enam bulan pertama 2021 dari RM193.9

juta pada tahun sebelumnya.

Jumlah Aset meningkat sebanyak 3.0 peratus kepada RM7.10 bilion setakat bulan Jun 2021 dari RM6.89 bilion pada tahun lalu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Allianz General, Sean Wang berkata, selain meneruskan program Komuniti Allianz We Care, yang menawarkan sokongan vaksinasi dan Covid-19 percuma dan manfaat kesihatan dan gaya hidup, Kumpulan juga telah melancarkan Allianz Business Shield untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) pada suku kedua 2021.

Tinjauan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Medac) baru-baru ini melaporkan lebih 90 peratus usahawan tidak memiliki insurans sementara lebih 70 peratus tidak memiliki manfaat pekerjaan.

Menambahbaik produk PKS sebelumnya, Allianz Business Shield kini menawarkan PKS dengan perlindungan lebih baik dan fleksibel untuk lebih 63 kelas pekerjaan dan pilihan untuk menambah 17 perlindungan dari Manfaat Bantuan Susah Payah dengan perlindungan Covid-19 kepada Kemalangan Peribadi Kumpulan, Rompakan ke Kerosakan Mesin serta Barangan dalam Transit, dan banyak lagi.

"Kami telah menambahbaik Smart Retail Shield, yang telah dilancarkan pada Mei 2020 dengan Allianz Business Shield, kerana kami ingin menawarkan PKS dengan perlindungan dan fleksibiliti yang lebih baik.

"Oleh itu, mereka bukan sahaja mempunyai pilihan untuk memilih perlindungan yang diinginkan tetapi juga mempunyai kemudahan untuk menyesuaikan jumlah yang diinsuranskan mereka serta pilihan untuk hanya menambah perlindungan yang bersesuaian dengan keperluan perniagaan mereka," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 Ogos 2021 @ 6:02 PM