Pengurus Pemasaran Gardenia Bakeries, Lavinia Anthony.
Pengurus Pemasaran Gardenia Bakeries, Lavinia Anthony.

Kuala Lumpur: Rangkaian ban coklat berkrim Gardenia QuickBites membuat penampilan sulungnya di pasaran seluruh Semenanjung Malaysia, baru-baru ini.

Di bawah gerbang jenama QuickBites yang sangat digemari, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd melancarkan rangkaian roti krim premium baharu QuickBites dengan dua variasi istimewa Black Forest dan Karamel Masin.

Kian popular di bawah jenama QuickBites, roti krim yang dilancarkan pada Julai 2021, QuickBites Gold dicipta untuk memenuhi keperluan mereka yang mempunyai cita rasa tersendiri.

Pengurus Pemasaran Gardenia Bakeries, Lavinia Anthony berkata, Gardenia QuickBites Black Forest dan QuickBites Karamel Masin adalah untuk menyerlahkan keceriaan untuk semua lapisan masyarakat.

Katanya, pelancaran rangkaian penuh keceriaan ini tiba pada masa yang tepat apabila rakyat Malaysia meneruskan kehidupan dengan norma baharu.

"Ban coklat premium berkrim yang kaya dengan Black Forest atau Karamel Masin ini pasti menjanjikan keceriaan dalam setiap gigitan," katanya.

Gardenia Bakeries sudah banyak melabur dalam kempen pemasaran dan komunikasi bersepadu untuk mempromosikan produk baharu ini.

"Gardenia QuickBites Gold adalah snek yang lebih memuaskan cita rasa seluruh isi keluarga pada bila-bila masa dan boleh didapati di mana-mana kedai berdekatan.

"Nikmati kelazatan yang tiada tandingan Gardenia QuickBites Black Forest dan QuickBites Karamel Masin hari ini," katanya menerusi kenyataan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Disember 2021 @ 7:00 AM