Pandangan hadapan All-New City Hatchback.
Pandangan hadapan All-New City Hatchback.
Bisnes HM


Kuala Lumpur: Honda Malaysia kini membuka tempahan untuk model terbaru All-New City Hatchback yang dinanti-nantikan.

Model berkenaan secara rasmi akan dilancarkan pada suku keempat tahun ini.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Madoka Chujo berkata, pengenalan model ini adalah pencapaian utama untuk Honda Malaysia memandangkan ini pertama kali ia memperkenalkan model City jenis hatchback.

"Hatchback dikenali dengan rekaan lebih sporty dan kompak yang memberikan pandangan bahawa kenderaan jenis ini mudah dipandu dan dibawa ke mana saja.

"Hatchback era baru ini dibangunkan dengan prestasi optimum dan dilengkapi ciri teknologi lebih baik menjadikan All-New City Hatchback ini pilihan terbaik," katanya dalam kenyataan.

Bahagian belakang All-New City Hatchback.
Bahagian belakang All-New City Hatchback.

Menurutnya, jenama Honda bukanlah asing dalam memperkenalkan model jenis hatchback kerana ia cukup sinonim dengan Jazz yang diperkenalkan pada 2003.

"Sehingga kini, Jazz sudah terjual lebih 122,000 unit dan menjadi pilihan pemandu di bandar.

"Kami percaya All-New City Hatchback ini bakal menjadi satu lagi model kegemaran rakyat Malaysia," katanya.

All-New City Hatchback ditawarkan dalam dua versi iaitu e:HEV dan Petrol.

Model RS e:HEV dikuasakan dengan 1.5L Sports Intelligent Multi-Mode Drive (i-MMD) manakala, versi Petrol dilengkapi enjin 1.5L DOHC i-VTEC.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 November 2021 @ 5:23 PM