MITSUBISHI Triton terjual sebanyak 483 unit.
MITSUBISHI Triton terjual sebanyak 483 unit.

MITSUBISHI Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan jenama Mitsubishi di negara ini mencatatkan penguasaan pasaran 28 peratus untuk tempoh kewangan 2020 yang berakhir Mac 2021.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tomoyuki Shinnishi berkata, meskipun segmen trak pikap melihatkan penurunan 45 peratus pada Mei 2020 berikutan keadaan ekonomi semasa, namun model Triton mencatatkan peningkatan jualan satu peratus dengan 483 unit terjual.

"Ketika industri automotif masih dalam peringkat pemulihan daripada Covid-19, Triton mengekalkan penguasaan pasaran lebih 22 peratus untuk lima bulan berturut-turut berbanding tempoh sama tahun lalu dengan 17.8 peratus," katanya dalam kenyataan semalam.

Menurutnya, MMM juga mengambil serius langkah penjagaan untuk produk, servis dan kemudahan di ruang pameran demi keselamatan semua pihak terutama pekerja dan pelanggan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Antara diperkenalkan ialah dengan pengenalan Test Drive 2U iaitu pandu uji model terbaharu hanya di rumah serta melalui panggilan video bagi mengurangkan kontak secara fizikal.

Mitsubishi Triton ditawarkan menerusi enam varian di negara ini yang dijual antara RM79,890 dan RM137,900.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Jun 2020 @ 7:30 AM