AZMAN MARZUKI
AZMAN MARZUKI

Bisnes HM

NAZA Corporation Holdings mengumumkan pelantikan Datuk Azman Marzuki sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Naza Engineering & Construction Sdn Bhd berkuat kuasa serta merta.

Sebagai CEO Naza Engineering & Construction Sdn Bhd, beliau akan memainkan peranan penting dalam memimpin dan mengawasi projek masa depan serta sedia ada yang dilaksanakan oleh syarikat.

Azman mempunyai pengalaman luas dalam industri pembangunan hartanah, pembinaan dan kejuruteraan.

Pengalamannya termasuk pembangunan dan pembinaan bangunan seperti hotel, hospital, pejabat dan perbandaran kediaman serta infrastruktur seperti lebuh raya, jambatan dan struktur marin.

Azman sebelum ini adalah Timbalan Pengarah Urusan Ahmad Zaki Resources Sdn Bhd di mana beliau berkhidmat sejak 2012.

Beliau memegang jawatan sebagai Pengarah Eksekutif dengan memainkan peranan membantu Pengarah Urusan dalam keseluruhan spektrum perniagaan dengan tumpuan terhadap pertumbuhan, operasi projek serta pengurusan kewangan.

Kelayakan akademik Azman termasuk Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada IMD Business School di Switzerland dan Ijazah Kejuruteraan (Awam) daripada Wollongong University, Australia.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 January 2020 @ 11:19 PM