AIRASIA menawarkan enam juta tempat duduk melalui promosi Jualan Hebat dengan harga tiket serendah RM12. FOTO Rasul Azli Samad
AIRASIA menawarkan enam juta tempat duduk melalui promosi Jualan Hebat dengan harga tiket serendah RM12. FOTO Rasul Azli Samad
Bisnes HM


AIRASIA menawarkan enam juta tempat duduk melalui promosi Jualan Hebat dengan harga tiket serendah RM12.

Ketua Pegawai Komersial Kumpulan Airasia Karen Chan berkata, melalui kempen ini, pelanggan berpeluang mengunjungi pelbagai destinasi tempatan dan antarabangsa pada harga lebih rendah.

“Untuk ahli AirAsia BIG, harga tiket yang ditawarkan bermula daripada RM12 untuk penerbangan dari Kuala Kumpur ke Pulau Pinang, Kuantan, Johor Bahru, Kota Kinabalu dan Kuching, serta daripada RM50 untuk penerbangan antarabangsa antaranya ke Surat Thani, Krabi, Visakhapatnam, Maldives (Male), Bangkok dan Can Tho,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

Menurutnya, untuk laluan ditawarkan AirAsia X, penumpang berpeluang mendapatkan tiket serendah RM196 untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke Tianjin, Seoul, Taipei, Gold Coast, Osaka dan destinasi jarak jauh lain yang menarik.

“Untuk menikmati lebih keselesaan dan pelbagai kelebihan lain, terbang dengan tempat duduk Premium Flatbed dari Kuala Lumpur ke Wuhan, Busan, Fukuoka dan Melbourne daripada RM796.

“Selain itu, nikmati diskaun 16 peratus apabila membuat pilihan tempat duduk menerusi Pick-A-Seat bagi tempahan awal, diskaun sehingga 40 peratus untuk tempahan hotel terpilih dan diskaun sehingga 60 peratus untuk tempahan pakej percutian penerbangan dan hotel.

“Malah, ahli BIG juga boleh mengumpul 600 mata ganjaran tambahan apabila mereka menempah aktiviti dalam tempoh jualan besar-besaran ini dengan perbelanjaan minimum RM200,” katanya.

Tempahan boleh dibuat mulai hari ini hingga 26 September 2019 untuk perjalanan antara 10 Februari dan 15 Disember 2020.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 September 2019 @ 5:41 PM