ALBERN Murty. FOTO arkib NSTP
ALBERN Murty. FOTO arkib NSTP

DIGI.COM Bhd mengumumkan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Albern Murty akan menyertai Telenor Group sebagai Naib Presiden Eksekutif bagi kelompok Asia Maju, berkuat kuasa 1 Ogos 2018.

Dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, syarikat telekomunikasi itu berkata, Albern akan meneruskan tugasnya sebagai CEO Digi namun dalam masa sama, turut mengawasi operasi Telenor di Thailand dan Malaysia.

Keutamaan Albern adalah penciptaan prestasi dan nilai Digi dan beliau akan bekerjasama rapat dengan unit Thai Telenor, Total Access Communication PCL, untuk membangunkan inisiatif nilai dan kepentingan bersama, sejajar dengan prinsip perniagaan yang dikongsi oleh kedua-dua unit perniagaan itu.

Presiden dan CEO Kumpulan Telenor, Sigve Brekke berkata, Digi adalah peneraju dalam pelbagai cara di Kumpulan Telenor dan mempunyai ramai pelanggan dan pekerja yang celik digital di syarikat itu.

"Albern membawa kepakaran ini ke syarikat kami," katanya.

end

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Jun 2018 @ 6:26 PM