MARQUEZ ketika sesi ujian di Qatar. FOTO AFP
MARQUEZ ketika sesi ujian di Qatar. FOTO AFP
Agensi

Lusail: Marc Marquez dijangka berdepan tugas lebih mencabar menyesuaikan dirinya bersama jentera kerana usianya yang semakin meningkat.

Marquez menghabiskan kariernya selama 11 musim menunggang Honda termasuk memenangi lapan kejuaraan dunia sepanjang tempoh itu.

Dia mengambil keputusan menyertai Gresini yang menggunakan jentera Ducati pada tahun lalu dengan harapan boleh bersaing untuk merebut gelaran MotoGP.

"Dia kini berusia 30-an. "Daripada pengalaman saya sendiri, ia akan lebih sukar untuknya menyesuaikan diri," kata bekas pelumba, Simon Crafar ketika ditemui di Qatar.

"Semakin muda anda, semakin cepat anda boleh menyesuaikan diri dengan motosikal, tayar dan pelarasan baharu.

"Anda boleh melihatnya sekarang. Dia menghadapi kesukaran untuk menukar gaya tunggangan daripada Honda kepada gaya tunggangan Ducati," katanya lagi.

Marquez, 31, menjalani sesi ujian pramusim yang agak hambar di Sepang dan Qatar, selepas menyinar dalam sesi ujian di Valencia pada penampilan sulungnya bersama Ducati tahun lalu.

"Pasukannya harus bersama-sama berusaha membina jenteranya. Anda tidak boleh hanya bergantung kepada maklumat Marquez untuk mendapatkan keputusan positif," kata Crafar.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Februari 2024 @ 11:01 AM