VERSTAPPEN melintasi garisan penamat di Hungary. FOTO Reuters
VERSTAPPEN melintasi garisan penamat di Hungary. FOTO Reuters
AFP

Budapest: Max Verstappen mendominasi Grand Prix Hungary untuk memberikan pasukan Red Bull kemenangan Formula Satu (F1) ke-12 berturut-turut.

Lando Norris dari McLaren menduduki tempat kedua dengan seorang lagi pelumba Red Bull, Sergio Perez melengkapkan podium di Hungaroring.

Red Bull mengatasi pencapaian McLaren yang memenangi 11 perlumbaan berturut-turut pada tahun 1988.

"Kali ke-12 berturut-turut, ia adalah sejarah," kata prinsipal pasukan Red Bull, Christian Horner kepada Verstappen melalui radio pasukan.

Kemenangan ketujuh berturut-turut Verstappen membolehkan dia melebarkan pendahuluan keseluruhan ke atas Perez kepada 110 mata.

Lewis Hamilton bermula di petak pertama buat kali pertama selepas 33 perlumbaan tetapi permulaan buruk mematahkan harapan pemandu Mercedes itu untuk meraih kemenangan ke-104 dalam kariernya dan dia terpaksa berpuas hati di tempat keempat.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Julai 2023 @ 11:01 PM