HAMILTON menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-10. FOTO AFP
HAMILTON menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-10. FOTO AFP
Reuters

Jeddah: Juara Formula Satu, Mercedes sedang melalui proses 'merendah diri' selepas melalui kejayaan selama bertahun-tahun tetapi mereka akan menjadi lebih kuat, kata bos Mercedes, Toto Wolff susulan pencapaian hambar di Arab Saudi, Ahad lalu.

Juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-10, iaitu kedudukan terakhir untuk meraih mata selepas gagal beraksi baik di sesi kelayakan.

Hamilton berkata keputusan itu 'menyakitkan' manakala rakan sepasukan barunya, George Russell yang menamatkan perlumbaan di kedudukan kelima berkata sudah tiba masanya untuk mereka bangkit semula.

Ferrari mendahului kedudukan pengeluar selepas dua perlumbaan dengan Charles Leclerc mendahului kejuaraan pemandu selepas mendahului kemenangan satu dua di Bahrain dan menduduki tempat kedua di Arab Saudi.

Penyandang juara dari pasukan Red Bull, Max Verstappen memenangi perlumbaan Ahad lalu.

"Kami sering berada di hadapan sejak lapan tahun lalu. Ia pasti mengecewakan tidak lagi berada dalam kedudukan itu.

"Kami tidak akan berehat sehingga kembali semula di kelompok depan. Ia tidak menyeronokkan sama sekali.

"Kami sedang belajar untuk merendah diri dan pada akhirnya ia akan menjadikan kami lebih kuat," kata Wolff.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 Mac 2022 @ 10:38 AM