MERCEDES kini menduduki tempat ketiga dengan 96 mata dalam kedudukan pengeluar.
MERCEDES kini menduduki tempat ketiga dengan 96 mata dalam kedudukan pengeluar.
Agensi

London: Kereta Mercedes yang menjalani pengubah suai besar akan digunakan hujung minggu ini di Grand Prix Monaco dan prinsipalnya Toto Wolff menegaskan ia bukanlah 'senjata utama'.

Ia adalah hasil keputusan pasukan Mercedes menukar strategi membabitkan reka bentuk kereta selepas permulaan musim yang kurang memuaskan.

Mercedes sebenarnya bercadang untuk menggunakan kereta itu di Grand Prix Emilia-Romagna di Imola tetapi perlumbaan itu terpaksa dibatalkan pada hujung minggu lalu akibat banjir di utara Itali.

Monaco akan "memberikan peluang untuk mengkaji pembaharuan itu," kata Wolff.

Wolff mengakui bahawa keunikan litar di Monaco yang meliputi laluan perlahan dalam kalendar dan dikenali kerana sempit, berliku, dan berlubang menjadikannya sukar untuk memastikan prestasi reka bentuk kereta baru itu.

"Kami perlu berhati-hati untuk tidak membuat terlalu banyak kesimpulan daripada satu perlumbaan ini.

"Kami hanya memperkenalkan langkah pertama ke arah pembangunan baharu.

"Ini bukanlah "silver bullet" dan dari pengalaman saya hal ini tidak wujud dalam sukan ini. Kami berharap proses menaik taraf ini membolehkan pelumba berlumba dengan lebih stabil dan dapat meramal litar dengan lebih tepat."

"Selepas itu kita boleh membaikpulih dalam masa seminggu dan sebulan yang akan datang," kata Wolff.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Mei 2023 @ 12:36 PM