REAKSI Verstappen (kanan) dah Hamilton pada perlumbaan terakhir dekat Abu Dhabi. FOTO AFP
REAKSI Verstappen (kanan) dah Hamilton pada perlumbaan terakhir dekat Abu Dhabi. FOTO AFP
Agensi

London: Max Verstappen dipilih sebagai pemandu terbaik Formula Satu (F1) pada tahun ini oleh rakan pemandu perlumbaan berprestij itu.

Pemandu Belanda itu yang memenangi kejuaraan dunia sulungnya dalam suasana kontroversi dan penuh mendebarkan ketika mengatasi Lewis Hamilton di pusingan terakhir dekat Abu Dhabi, sekali lagi menewaskan pemandu British itu untuk meraih pengiktirafan berkenaan.

Menurut MotorSport Week, Verstappen memperoleh undian tertnggi yang dijalankan oleh setiap ketua pasukan F1 terhadap semua pemandu.

Hamilton menduduki tempat kedua manakala Lando Norris ketiga.

Menariknya, pemandu dari Mercedes dan Red Bull yang bersaing sengit merebut kejuaran dunia, enggan mengambil bahagian dalam undian berkenaan sepertimana dilakukan oleh Alfa Romeo.

Ia sekali gus menyaksikan 14 pemandu terbabit dengan undian itu yang menggunakan jumlah mata sama seperti perlumbaan F1.

Pemandu di tempat pertama memperoleh 25 mata, kedua 18 mata manakala ketiga 15 mata. Difahamkan Verstappen juga memenangi undian yang dilakukan oleh setiap ketua pasukan F1.

Sensasi Belanda itu memenangi kejuaraan dunia pada pusingan terakhir di perlumbaan terakhir selepas memanfaatkan peluang menukar tayar ketika kereta keselamatan memasuki litar.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Disember 2021 @ 11:37 AM