Pelumba Mercedes Lewis Hamilton beraksi dalam sesi latihan GP Hungary. FOTO AFP
Pelumba Mercedes Lewis Hamilton beraksi dalam sesi latihan GP Hungary. FOTO AFP
AFP

Budapest: Juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton mencatat masa terpantas dalam sesi latihan terakhir menjelang sesi kelayakan Grand Prix (GP) Hungary.

Pemandu Mercedes, yang memburu kemenangan GP ke-100 dalam kariernya minggu ini, mencatat 0.88saat (s) lebih pantas daripada persaingan utama perebutan kejuaraan Max Verstappen dengan rakan sepasukan Hamilton, Valtteri Bottas ketiga ketinggalan 0.229s.

Verstappen ketika mendahului kejuaraan perlumbaan, lapan mata di depan Hamilton yang memenangi perlumbaan lalu di Silverstone selepas kedua-dua bertembung pada pusingan pertama, yang menyebabkan kemalangan terus bagi pelumba Red Bull dan meneruskan ketegangan antara kedua-dua pasukan.

Pelumba Ferrari, Carlos Sainz dan Charles Leclerc bangkit dalam aksi kurang meyakinkan semalam untuk penamat di tempat ke empat dan kelima.

Pemandu McLaren Lando Norris keenam di depan seorang lagi pemandu Red Bull, Sergio Perez, ketika Daniel Ricciardo dari McLaren, pemandu Alpine, Fernando Alonso dan pemandu Aston Martin, Lance Stroll lengkapkan kedudukan 10 teratas.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 31 Julai 2021 @ 9:45 PM