Dari kanan, Maverick Vinales, pelumba Repsol Honda, Marc Marquez (tengah) dan Quartararo ketika saingan Grand Prix Aragon yang lalu. FOTO AFP
Dari kanan, Maverick Vinales, pelumba Repsol Honda, Marc Marquez (tengah) dan Quartararo ketika saingan Grand Prix Aragon yang lalu. FOTO AFP
AFP

Paris: Jenama Jepun, Yamaha mengumumkan mereka akan kekal dalam saingan Moto GP hingga 2026 ketika mewakili pasukan mereka bagi musim akan datang.

Pelumba dari Sepanyol, Maverick Vinales, 26, akan berlumba bersama pelumba Perancis berusia 21 tahun, Fabio Quartararo untuk penampilan pertamanya pada musim ini bersama pasukan pengeluar itu ketika juara tujuh kali, Valentino Rossi menyertai pasukan satelit, SRT.

"Di Yamaha kami bangga untuk mengambil bahagian dalam perlumbaan Grand Prix motosikal. Kami sangat berbesar hati bahawa kami dapat mengesahkan kontrak diperbaharui untuk lima tahun akan datang bagi permulaan musim penting bagi syarikat kami," kata Ketua Pegawai Eksekutif Yamaha, Toyoshi Nishida dalam satu kenyataan.

"Yamaha mula bertanding di Grand Prix Dunia pada 1961. Selama 60 tahun, Yamaha begitu bersemangat untuk perlumbaan motosikal dan kesungguhan untuk menempuh cabaran tetap tidak berubah." tambahnya.

Musim baharu bermula pada 28 Mac di Qatar.

Kontrak Yamaha bersama SRT berada di tahun penghujung dan Pengarah Urusan, Lin Jarvis berkata ia mungkin digantikan dengan akademi VR46, yang dinamakan sempena Rossi dan nombor motosikalnya pada 2022.

Pengilang Honda, Ducati dan KTM turut menandatangani kontrak bersama Moto GP hingga 2026.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Februari 2021 @ 9:34 AM