Pelumba Yamaha, Fabio Quartararo ketika menjuarai saingan Grand Prix Britain di Silverstone. FOTO AFP
Pelumba Yamaha, Fabio Quartararo ketika menjuarai saingan Grand Prix Britain di Silverstone. FOTO AFP
Agensi

Paris: Juara baharu MotoGP, Fabio Quartararo memberikan aura positif kepada Yamaha menurut rakan sepasukannya di pasukan pengeluar Jepun itu.

Quartararo mengesahkan kejuaraan pertama MotoGP di Grand Prix Emilia Romagna dekat Misano, selepas pencabar kejuaraan Francesco Bagnaia terbabas ketika mendahului perlumbaan sehingga menyukarkan buat pelumba Ducati untuk terus bersaing.

Kejayaan itu juga membolehkan Quartararo menjadi pelumba pertama dari Perancis menjuarai saingan perdana motosikal itu, melengkapkan kejuaraan dalam hanya tiga musim di saingan utama perlumbaan.

Beberapa sahabat dan bekas rakan sepasukan mengucapkan tahniah kepada Quartararo susulan kejayaannya selepas membawa Yamaha menjuarai perlumbaan buat pertama kali sejak Jorge Lorenzo pada 2015.

"Fabio menyertai MotoGP tanpa gagal menyinar pada Moto2," kata ketua krew Diego Gubellini yang mengikuti perkembangan Quartararo bersama Yamaha selepas berkerja sama dengannya dalam pasukan Petronas SRT.

"Ia meletakkannya berada di luar tekanan dan memberi kebebasan yang diperlukan untuk memastikan bertapa penting untuk memahami pengendalian motosikal dan menyesuaikan diri dengan keadaan, sebelum berfikir untuk melakukan perubahan besar.

"Bagi Yamaha, ia adalah bantuan yang sangat bagus. Fabio adalah pelumba yang anda selesa untuk bekerja sama."

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 Oktober 2021 @ 3:14 PM